BALI – Seekor ular aneh yang mempunyai empat kaki ditemukan di rumah ketua bahagian operasi polis daerah Jembrana yang terletak di Kampu...
BALI – Seekor ular aneh yang mempunyai empat kaki ditemukan di rumah ketua bahagian operasi polis daerah Jembrana yang terletak di Kampung Pendem di sini, Isnin lalu.
Menurut keterangan Ketut Sukarta, 49, dia pertama kali melihat reptilia itu pada pukul 5 petang waktu tempatan.
Katanya, dia menyedari kehadiran ular itu ketika hendak mengambil kasut untuk bersukan.
“Ketika mengambil kasut, ular dengan ukuran kira-kira 20 sentimeter dengan warna hitam coklat tiba-tiba muncul.
“Merasakan diganggu, ular itu kemudian ‘berlari’ menggunakan empat kakinya,” kata Sukarta kepada Tribunnews.com.
Sukarta kemudian menangkap haiwan itu dan menempatkannya di dalam bekas plastik.
Berita penemuan ular itu kemudiannya tersebar dengan pantas menerusi aplikasi WhatsApp.