Georgetown: “Kejadian itu betul-betul berlaku di hadapan kami sebaik tiba ke lokasi memancing berhampiran Kapal Rusia,” kata seorang jur...
Georgetown: “Kejadian itu betul-betul berlaku di hadapan kami sebaik tiba ke lokasi memancing berhampiran Kapal Rusia,” kata seorang jurutera sebuah kilang yang menyelamatkan lima nelayan tempatan selepas bot mereka terbalik di perairan Selat Melaka, pagi kelmarin.
Abu Zahir Azizan, 28, berkata, kejadian berlaku jam 11 pagi ketika ombak kuat ketika dia bersama empat rakannya memancing dengan menaiki bot ke kawasan unjam berhampiran tukun kapal Rusia.
Menurutnya, sewaktu dalam perjalanan ke kawasan berkenaan, bot mereka berhenti hendak menjatuhkan sauh, kelihatan sebuah bot dinaiki lima lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun terbalik akibat dipukul ombak. Katanya, ketika itu seorang rakannya sempat mengambil rakaman video usaha menyelamatkan mangsa menggunakan pelampung.
“Semua lima nelayan diselamatkan dan kami bersyukur kepada Allah. Saya bersama rakan bertuah kerana berjaya menyelamatkan nelayan terbabit,” katanya.
Abu Zahir berkata, kejadian bot terbalik itu berlaku tidak jauh dari bot mereka dan mereka bertindak pantas bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Kelmarin, video berdurasi 2.51 minit tersebar melalui Facebook (FB) menunjukkan sebuah bot nelayan terbalik dan terdapat dua lelaki sedang berpaut sebelum sebuah bot lain cuba membantu.
Semasa kerja menyelamat keadaan ombak agak kuat dan mereka terpaksa membaling pelampung untuk menyelamatkan mangsa. Difahamkan semua nelayan yang selamat itu dihantar pulang ke jeti di Pantai Seagate, Bayan Lepas.
Video yang menjadi viral di laman media sosial