Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

ESSCom Sahkan Dua Tekong Indonesia Diculik Di Perairan Kertam

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) pada Sabtu mengesahkan dua tekong warga Indonesia diculik di perairan K...

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) pada Sabtu mengesahkan dua tekong warga Indonesia diculik di perairan Kertam, kira-kira 15 batu nautika dari Sungai Kinabatangan.

Komandernya Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata dalam dua insiden di perairan itu, tekong berusia 52 dan 46 tahun itu diculik di antara 11 pagi dan 11.45 pagi.

"Dalam kejadian pertama, sekumpulan lima lelaki bersenjata menculik seorang tekong berusia 52 tahun dan meninggalkan awak-awak berusia 47 dan 35 tahun," katanya di sini, malam Sabtu.

Selepas insiden pertama, kumpulan bersenjata itu kemudian menculik tekong sebuah kapal lagi dan meninggalkan tiga yang lain dalam kapal berkenaan termasuk anak mangsa berusia 10 tahun.

"Kami menerima maklumat selepas kesemua anak kapal berlabuh di jeti Sandakan pada 6.40 petang," katanya.

Wan Abdul Bari berkata kelima-lima lelaki bersenjata itu berpangkalan di Kepulauan Tawi-Tawi dan mungkin tiada kaitan langsung dengan kumpulan Abu Sayyaf. - BERNAMA

Latest Articles