KOTA KINABALU: Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari perlu mengemukakan bukti kononnya pemimpin Malaysia terbabit...
KOTA KINABALU: Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari perlu mengemukakan bukti kononnya pemimpin Malaysia terbabit dalam penculikan warga asing di Pulau Sipadan, Semporna pada tahun 2000.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata melainkan ada bukti dikemukakan, Nur Misuari tidak seharusnya membuat dakwaan tanpa asas berhubung perkara itu.
“Ini adalah tuduhan yang serius. Misuari perlu menamakan individu yang didakwanya terbabit dalam penculikan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.
Musa berkata, dakwaan seperti itu boleh menjejaskan imej negara dan negeri serta hubungan antara Malaysia dan Filipina.
Semalam, Nur Misuari mendakwa Malaysia menggunakan orang Moro dalam melaksanakan aktiviti culik untuk tebusan membabitkan 21 pelancong dan pekerja resort di Pulau Sipadan, Sabah pada 2000.
Dia juga mendakwa, sedia untuk mengheret pemimpin mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung perkara itu. – BH Online