Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Ketulan ais di puncak Gunung Kinabalu

Ketulan Ais yang ditemui di Gunung Kinabalu isnin lalu KUNDASANG: Cuaca terlalu sejuk dengan suhu mencapai -1 dan -2 darjah Celsius di...

Ketulan Ais yang ditemui di Gunung Kinabalu isnin lalu
KUNDASANG: Cuaca terlalu sejuk dengan suhu mencapai -1 dan -2 darjah Celsius di puncak Gunung Kinabalu menyebabkan air yang bertakung bertukar menjadi ketulan ais.

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Junaydie Sihan, berkata keadaan air bertukar menjadi ketulan ais itu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu.

Beliau berkata, kejadian ketulan ais yang berlaku di puncak Gunung Kinabalu, bukan selalu berlaku.

"Bagaimanapun, kadang-kadang fenomena ini boleh berlaku dalam dua hingga tiga kali setahun. Ketulan ais yang ditemui di puncak Gunung Kinabalu itu hanya berlaku satu hari, pada Isnin lalu.

"Tahun lalu pun ada berlaku (air berubah kepada ketulan ais) pada bulan Ogos," katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi.

Junaydie berkata, suhu di puncak Gunung Kinabalu ketika ini masih terlalu sejuk antara tiga hingga lima darjah Celsius.

Katanya, apabila terlalu sejuk, bukan hanya berlaku ketulan ais, malahan serpihan atau serbuk dari ais beku turut terbang dan boleh dilihat pada daun seolah-olah salji.

"Tapi yang dilihat itu bukan salji, sebaliknya cuma serpihan atau serbuk dari ais beku," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan cuaca sejuk itu tempias luruan angin sejuk akibat tekanan tinggi di kawasan China.

Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office, baru-baru ini memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius, manakala cuaca sejuk dan lembap melanda utara Semenanjung dipercayai akibat tempias daripada luruan angin sejuk akibat tekanan tinggi di kawasan China.

Sejak Ahad lalu, penduduk di wilayah utara, timur laut dan tengah Thailand, termasuk Bangkok, terpaksa memakai pakaian lebih tebal berikutan cuaca sejuk melanda kawasan itu.

Cuaca sejuk pada Februari tahun lalu membentuk ais
Sementara itu, berdasarkan bacaan suhu daripada laman web www.accuweather.com mendapati bacaan suhu di Ranau minggu ini adalah lebih rendah iaitu 24 darjah Celsius pada Isnin, disusuli 23 darjah Celsius pada Selasa dan Rabu, Khamis (24 darjah Celsius), manakala 16 darjah Celsius hari ini.

Berbanding cuaca pada bulan lalu, suhu di kawasan berkenaan lebih tinggi iaitu antara 24 hingga 25 darjah Celsius.

Tiada ulasan

Latest Articles