Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Penjawat awam parah dalam kemalangan Jalan Keningau-Kimanis

KEADAAN kedua-dua kenderaan yang rosak teruk di bahagian hadapan selepas pelanggaran itu. KENINGAU: Seorang penjawat awam lelaki ceder...

KEADAAN kedua-dua kenderaan yang rosak teruk di bahagian hadapan selepas pelanggaran itu.
KENINGAU: Seorang penjawat awam lelaki cedera parah selepas kenderaan jenis Toyoto Fortuner yang dipandunya bertembung Toyota Hiluk Revo dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Keningau-Kimanis, di sini awal pagi Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Ahmad Jawila berkata, mangsa berusia 37 tahun bekerja sebagai pemandu di Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah mengalami cedera parah patah di bahagian rusuk kanan pada kejadian jam 5.50 pagi itu. 

Sementara pemandu Toyota Hilux Revo, seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun hanya mengalami cedera ringan. 

Katanya, pada 12 Januari, kira-kira jam 6.20 pagi, anggota Polis Trafik IPD Ken ingau menerima maklumat berhubung dengan kejadian itu daripada orang awam. 

Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Hilux Revo yang bergerak dari arah Keningau sementara kenderaan dipandu mangsa bergerak dari arah bertentangan. 

"Sebaik tiba di tempat kejadian semasa melalui satu selekoh menurun bukit, kenderaan Toyota Fortuner hilang kawalan dan masuk lorong kanan, lalu melanggar kenderaan Toyota Hilux berkenaan," katanya. Ahmad berkata, ekoran dari perlanggaran itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. 

Pemandu kereta Fortuner telah dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan. Katanya, hasil pemeriksaan doktor mendapati pemandu Fortuner mengalami kecederaan parah patah di bahagian rusuk kiri dan kes di siasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, keadaan permukaan jalan kering, berturap, berselekoh, garisan tengah berkembar dan menuruni bukit sementera cuaca ada sedikit berkabus pada awal pagi itu. 

Sementara itu, Jabatan Bom badan Penyelamat Daerah yang dihubungi memberitahu bahawa Jabatan itu menerima panggilan kecemasan jam 5.55 pagi dan anggotanya telah tiba ke tempat kejadian jam 6.20 pagi.

Tiada ulasan

Latest Articles