5 Daerah Diisytihar Kawasan Keselamatan Khas Sabah Kerajaan mengisytiharkan lima daerah di pantai timur Sabah, sebagai Kawasan Kesela...
![]() |
5 Daerah Diisytihar Kawasan Keselamatan Khas Sabah |
Kerajaan mengisytiharkan lima daerah di pantai timur Sabah, sebagai
Kawasan Keselamatan Khas Sabah. Ia bertujuan menjaga kedaulatan dan
keselamatan kawasan berkenaan.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
"Saya ingin beri keyakinan pada rakyat Sabah bahawa dalam soal
keselamatan dan kedaulatan Sabah, kerajaan akan lakukan apa saja untuk
jamin keamanan dan keselamatan dan kedaulatan Sabah."
Untuk
menyokong apa yang saya nyatakan sebagai pendirian kerajaan Malaysia,
saya ingin umumkan kewujudan kawasan special security area, akan
meliputi kawasan dari Kudat ke Tawau dan merangkumi Sandakan, Semporna,
Lahad Datu dan Kudat, cadangan ini dipersetujui jemaah menteri dan hari
ini saya umumkan hasrat kerajaan untuk wujudkan area ni dan akan
ditempatkan di Lahad Datu".
Beliau menjelaskan, langkah itu
bertujuan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan akan melakukan
apa sahaja demi menjamin keamanan dan kedaulatan Sabah.
Ini
adalah kali kedua kawasan seumpama itu diwujudkan, selepas kawasan
kawalan keselamatan Rajang, Rascom, di Sarawak pada tahun 1972.
Pembentukan Rascom diisytiharkan oleh Perdana Menteri ketika itu,
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, bagi menghapus ancaman pengganas
komunis.