Ketua pengganas kumpulan Tausug Sulu Keluarga Kiram percaya kematian “tentera”nya cuma 10 dan bukan 52 seperti didakwa oleh pihak be...
![]() |
Ketua pengganas kumpulan Tausug Sulu |
Idjirani berkata,
keluarganya mahu Putrajaya membenarkan wartawan luar, terutamanya dari
Filipina, untuk memasuki zon konflik di Lahad Datu, bagi mengesahkan
jumlah kematian.
“Kamu mesti benarkan media tempatan dan luar
negara ke zon konflik untuk mengesahkan jumlah kematian. Jika tidak, ia
masih boleh diperdebatkan,” katanya yang dipetik dari akhbar The
Philippine Star semalam.
Idjirani, yang bercakap bagi pihak
Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu,
mengesahkan hanya 10 dari “tentera Di Raja” Sulu terbunuh dalam serangan
dari pihak Malaysia sejak Jumaat dua minggu lalu.
Dalam siaran
ABS-CBN semalam, jurucakap Jabatan Luar Negara Filipina (DFA) Raul
Hernandez berkata kerajaan masih cuba mengesahkan jumlah kematian warga
Filipina di Sabah, dan mereka hanya bergantung dari maklumat yang
diberikan oleh Putrajaya.
Agbimuddin yang mendakwa dirinya sebagai
putera raja Sultan Sulu, mengetuai sekumpulan bersenjata berjumlah 200
orang ke Sabah, dan berada di negeri timur Malaysia itu sejak 9
Februari.
Penceroboh tersebut berhadapan dengan pasukan
keselamatan Malaysia Jumaat dua minggu lepas, selepas tiga minggu
perbincangan gagal, dan pertempuran dilaporkan menyaksikan ramai
penceroboh Sulu mati, sementara lapan anggota keselamatan Malaysia
terkorban.
Malaysia melancarkan serangan secara bersepadu pada
pagi Selasa, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan artileri
berat menghujani Kampung Tanduo dimana penceroboh itu berlindung.
Pada Khamis, pihak berkuasa Malaysia mengatakan kematian penceroboh
Sulu berjumlah 52, dengan 32 orang terkorban berikutan serangan udara
pada Selasa lalu.
Tetapi Idjirani pada semalam berkata pihak
Sulu bertempur sekali sahaja, pada hari Jumaat lalu, dimana hanya
sepuluh sahaja kematian, dakwanya.
“Kami memanggilnya Pembunuhan Beramai-Ramai 1 Mac,” katanya yang dipetik dari siaran ABS-CBN News.
Memetik dari Agbimuddin, Idjirani berkata 235 tentera Sulu, setakat ini
10 kematian, 10 ditahan dan empat cedera. Agbimuddin kali terakhir
dihubungi oleh keluarganya di Filipina pada 2.30 petang semalam, menurut
laporan dari Phillipine Daily Inquirer, dan berkata beliau dan
tenteranya masih hidup dan dalam pelarian, tetapi menghadapi kelaparan.
Akhbar itu melaporkan Agbimuddin dan tenteranya berkumpul semula dan
berjaya melepasi serangan bertubi-tubi pasukan keselamatan Malaysia,
yang menuju mereka di kawasan berbukit.
“Mereka terus bergerak,
bukan dengan bot atau sebarang pengangkutan, tetapi dengan berjalan
kaki. Mereka menderita akibat kelaparan,” kata Idjirani lagi.
Sepupu Agbimuddin Jacel Kiram mengatakan serangan dari pasukan
keselamatan Malaysia sebagai “keganasan maksima”, berbanding permintaan
Manila untuk “toleransi maksima” sebelum serangan Selasa lalu.
Bagaimanapun, “puteri diraja” Sulu berkata arahan gencatan senjata dari
Sultan masih berlangsung dan tentera di Sabah dinasihatkan untuk terus
bertahan.
“Arahan kepada mereka adalah sentiasa untuk bertahan,
hanya bersedia untuk sebarang serangan. Cuma bertahan, jangan serang,”
katanya lagi.
Malaysia menolak permintaan keluarga Kiram untuk
gencatan senjata pada Khamis, sebaliknya menuntut penceroboh itu
meletakkan senjata dan menyerah tanpa syarat.- TMI