LAHAD DATU, 15 Mac (Bernama) -- Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi ...
LAHAD DATU, 15 Mac (Bernama) -- Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk
Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat di
sini setelah mereka menceroboh negara 12 Feb lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tempoh itu yang
mengikut konvensyen Geneva diberi melalui satu surat rasmi kepada
Manila.
Surat berkenaan dikeluarkan setelah mayat penceroboh militan itu selesai dibedah siasat.
"Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan
mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam," katanya
pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat
Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16,
dekat sini Jumaat.
Hamza berkata seramai 61 pengganas militan ditembak mati dalam Operasi
Daulat yang masuk hari ke-11, dan sehingga 5 petang ini 27 daripada
mayat itu telah dibawa keluar dari kawasan operasi.
"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari
Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan
keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Catat Ulasan