Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

[Pencerahan] Notis gangguan bekalan air, 11/3/2013

1SABAH telah membuat posting berkaitan notis gangguan bekalan air pada 9 March 2013 setelah mendapat 'scan' surat notis yang bo...


1SABAH telah membuat posting berkaitan notis gangguan bekalan air pada 9 March 2013 setelah mendapat 'scan' surat notis yang boleh dipercayai dan ditandatangani sendiri oleh Ir Teo Che Kong, Jurutera Air Bahagian Kota Kinabalu bertairkh 6 Mac 2013.

Apa yang 1SABAH buat ialah membantu sebar informasi mengenai notis ini agar penduduk di sekitar kawasan yang telibat bersedia untuk sebarang kemungkinan dalam tempoh masa tarikh yang disebutkan termasuk admin sendiri.

Surat notis ini juga dipaparkan oleh beberapa orang facebooker yang juga bagi pendapat admin bertujuan untuk makluman kepada rakan-rakan.



Walau bagaimanapun, perkara dalam notis tidak berlaku di sesetengah tempat menyebabkan ada rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan notis ini.

Antara facebooker yang mengatakan notis ini 'fake'
Nombor telefon perhubungan bagi Jabatan Air Kota Kinabalu
Untuk mencerahkan keadaan dan atas rasa tanggunjawab, admin telah menghubungi sendiri Jabatan Air Kota Kinabalu dan bercakap dengan jurutera berkaitan notis ini.

Mengikut apa yang dijelaskan oleh pihak Jabatan Air Kota Kinabalu, notis dikeluarkan supaya orang ramai yang terlibat  di kawasan yang disebutkan bersedia untuk sebarang kemungkinan ketika kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Pihak Jabatan Air Kota Kinabalu juga memberitahu bahawa ketika penyelanggaraan dibuat masih ada air dalam takungan yang dapat disalurkan ke beberapa kawasan tertentu. Walau bagaimanapun, memang ada tempat yang terputus bekalan air ketika kerja-kerja itu dijalankan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Air Kota Kinabalu ditalian 088-711594 atau 088-714040.

Tiada ulasan

Latest Articles