16th March, 2014 IPOH: Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang masih dalam senarai semakan akan mengetahui stat...
16th March, 2014

“Bermula minggu depan pemohon akan menerima surat sama ada permohonan mereka lulus atau tidak. Pemohon yang tidak lulus akan diberi peluang untuk memohon rayuan kepada pihak LHDN,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
Beliau berkata, pemohon yang tidak layak boleh membuat rayuan dengan merujuk ke laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau terus ke pejabat.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, LHDN turut melakukan semakan ke atas 500,000 pemohon bagi BR1M 2.0 yang berakhir kelmarin.
Ahmad Husni berkata, LHDN menjalankan proses semakan berikutan pelbagai masalah timbul membabitkan butiran dan pengesahan pemohon.
Tiada ulasan
Catat Ulasan