Page Nav

HIDE
Thursday, May 22

Pages

Breaking News:
latest

Ads Place

BERITA SABAH TERKINI | KERETA KEBAL TERBALIK DI SANDAKAN SABAH

Dua orang anggota Tentera Maut Selepas Kereta Kebal Terbalik di Sandakan Sabah Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera rin...

Dua orang anggota Tentera Maut Selepas Kereta Kebal Terbalik di Sandakan Sabah
Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.

Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital. METRO ONLINE

Tiada ulasan

Latest Articles