Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Berita Semasa | Padah Terlupa Anak dalam Kereta Maut selepas lebih lapan jam ditinggalkan

Perkongsian Berita Terkini dan Semasa Sabah, Sarawak dan Malaysia Sepatutnya beliau menghantar anaknya yang berusia empat  tahun k...

Perkongsian Berita Terkini dan Semasa Sabah, Sarawak dan Malaysia
Portal Satu Sabah

Sepatutnya beliau menghantar anaknya yang berusia empat  tahun ke Tadika terlebih dahulu tetapi beliau tidak menyedari anaknya sedang tidur.

Seorang bapa terlupa anaknya sedang tidur dalam kereta ditinggalkan lebih lapan jam dan hanya menyedari apabila beliau mahu mengambil anaknya yang disangka telah dhantar ke Tadika.

Menurut jurucakap polis, mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan ditinggalkan di dalam kereta bapanya yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang sejak 7.30 pagi hingga 4 petang.

Katanya bapa kanak-kanak itu terus membawa anaknya ke wad kecemasan Hospital Kuala Nerang dan doktor di hospital itu mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.

"Dia sepatutnya menghantar anaknya ke tadika. Pada pukul 4 petang apabila hendak mengambil keretanya dia mendapati anaknya berada dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi.

Mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini untuk bedah siasat.

Tiada ulasan

Latest Articles