Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Berita Semasa | Pekerja Restoran Mendakwa Dipukau oleh dua Individu Berbangsa Arab

22/08/2014 Bahaya Ilmu Pukau : Kes Pukau Terbaru Menyebabkan Kerugian Sebuah restoran Kerugian RM850  KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pemilik re...

22/08/2014 Bahaya Ilmu Pukau : Kes Pukau Terbaru Menyebabkan Kerugian Sebuah restoran Kerugian RM850 

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pemilik restoran yogurt Tuitti Fruiti cawangan Seri Bangi, dekat sini mendakwa kerugian RM850 selepas seorang pekerjanya dipukau oleh seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai berbangsa Arab, Ahad lalu. 

Mangsa Buat Aduan Polis
Mangsa, Azizun Abdul Karim, 59, berkata, kejadian pada pukul 7.45 malam itu berlaku ketika pekerjanya sedang bekerja sendirian dan menjadi juruwang di kaunter bayaran. "Pekerja saya dikenali sebagai Zaim, 18, didatangi dua individu berbangsa Arab yang masuk secara berasingan. 

Suspek lelaki yang terlebih dahulu memasuki restoran menghala ke tandas sementara wanita tersebut sedang mengambil beberapa jenis yogurt. "Apabila hendak membuat pembayaran, suspek lelaki mengeluarkan sejumlah wang dan mengatakan ingin membuat pertukaran wang namun pekerja saya tidak membenarkannya. 
Selepas itu, dia langsung tidak menyedari apa-apa termasuk ketika suspek mengambil wang daripada mesin wang tunai," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini. Tambah Azizun, pasangan Arab berkenaan difahamkan menggunakan taktik memandang anak mata dan bersalaman serta bercakap sesuatu kepada pekerja sebelum memukau. "Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), bermula dari situ, pekerja saya dipukau dan apabila sedar, wang tunai jualan berkurangan dan cuba mengejar pasangan terbabit namun tiada di luar kedai. 

"Selepas kejadian itu, pekerja terus menghubungi saya memaklumkan kejadian tersebut dan kami membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi," katanya lagi. 

Jelas Azizun, beberapa rakan perniagaannya turut melaporkan perkara yang sama iaitu dipukau oleh pasangan Arab yang adakalanya berpura-pura ingin membeli, membayar dan bertanyakan sesuatu.

"Saya percaya mereka ini ada rangkaian sindiket malah polis turut memaklumkan bukan restoran saya sahaja terkena perbuatan jenayah itu sebaliknya dalam bulan ini terdapat dua lagi premis menjadi mangsa pukau oleh warga Arab di daerah ini. "Beberapa cawangan di negeri lain juga turut menjadi mangsa sindiket pukau warga Arab ini jadi saya berharap pihak berkuasa dapat menangkap penjenayah ini segera dan orang ramai perlu berhati-hati dengan mereka ini," ujarnya. - Utusan Online

***CAKAP SABAH

Kalau kena pukau lepas tu dirompak ok lagilah tapi kalau dipukau terus dibawa balik pigi Arab? Apa macam sumandak.. ?

Tiada ulasan

Latest Articles