Page Nav

HIDE
Sunday, June 8

Pages

Breaking News:
latest

Ads Place

Kemalangan Terkini | Kemalangan Maut Selepas Kereta Merempuh Lori Bawa Muatan Sawit

Kemalangan Maut di Sarawak Lori membawa muatan sawit bertembung dengan Toyota Vios Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta yan...

Kemalangan Maut di Sarawak Lori membawa muatan sawit bertembung dengan Toyota Vios

Seorang lelaki meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya merempuh lori yang membawa muatan biji kelapa sawit di Kilometer 21 Jalan Sibu - Bintulu,  Sarawak malam kelmarin.

Su Sieng Yih, 35, dari Tanjung Batu, Bintulu dikatakan memandu seorang diri ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 9.30 malam itu.

Mangsa yang memandu kereta Toyota Vios dikatakan hilang kawalan dan merempuh lori yang datang dari arah bertentangan.

Akibat perlanggaran itu, kereta mangsa dikatakan berpusing beberapa kali sebelum merempuh lagi bahagian tayar lori lalu seterusnya tercampak kira-kira 20 meter dan tersadai di sebuah longkang di tepi jalan.

Kesan perlanggaran yang kuat itu menyebabkan tayar kenderaan berat terbabit pecah.

Akibatnya, pemandu lori terbabit gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke bahu jalan.

Biji kelapa sawit bertaburan di atas jalan.

Bagaimanapun, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan tersebut.

Tiada ulasan

Latest Articles