Pasukan berstatus Kelab aibkan Juara 32 kali, Selangor Selangor nyata menerima kesan akibat terpaksa beraksi dengan 10 pemain hampi...
Pasukan berstatus Kelab aibkan Juara 32 kali, Selangor
Selangor nyata menerima kesan akibat terpaksa beraksi dengan 10 pemain hampir sebahagian besar perlawanan selepas kapten, Muhd. Bunyamin Omar dilayangkan kad merah di minit ke-14.
Keputusan Perlawanan Piala Malaysia yang mengejutkan juga apabila Selangor tewas kepada pendatang baru dalam Liga Super akan datang.
Ternyata "Legend Selangor" Azman Adnan punya rahsia tersendiri untuk menafikan kemenangan Selangor bermain di tempat mereka apabila tersungkur 0-2 kepada PDRM.
PDRM membuka jaringan pada minit ke-15 menerusi sepakan penalti Ali Ashfaq sebelum menambah gol kedua menerusi Chad Souza di minit ke-69.
Berikut adalah keputusan penuh Piala Malaysia malam ini
Kumpulan B:
Kedah 2 Terengganu 3;
Perak 2 Sarawak 0
Kumpulan D
Selangor 0 PDRM 2
T-Team 2 Sime Darby 1
Tiada ulasan
Catat Ulasan