Luluh Hati Sang Suami Melihat Si Isteri Dibaham dan diheret ke dalam hutan di hadapan matanya. Tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya...
Luluh Hati Sang Suami Melihat Si Isteri Dibaham dan diheret ke dalam hutan di hadapan matanya. Tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya memerhati sahaja kejadian itu.
![]() |
Gambar Hiasan |
Kejadian yang berlaku di Kolkata, India ini bermula apabila pasangan suami isteri dan seorang jurumudi keluar untuk menangkap ketam di sungai cetek terletak di Benggala Barat.
Haiwan itu menerkam dan mengheret wanita berkenaan ke paya bakau di Hutan Pirkhali kawasan yang terkenal dengan beberapa siri serangan haiwan buas itu, sementara suaminya kaku melihat kejadian berkenaan.
Operasi mencari masih dijalankan oleh Pegawai hutan selepas menerima laporan dari suami mangsa namun masih gagal mengesan mangsa.
Menurut pakar alam sekitar, habitat harimau yang semakin terancam memaksa haiwan itu meluaskan kawasan memburu makanan. Kira-kira 3,200 harimau dipercayai masih berkeliaran di hutan di seluruh India. - Agensi
Tiada ulasan
Catat Ulasan