Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Lelaki dipenjara enam tahun, sebatan kerana merompak

Gambar Hiasan - Kes Rompakan KOTA KINBALU : Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan atas pertuduhan m...

Gambar Hiasan - Kes Rompakan
KOTA KINBALU : Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan atas pertuduhan merompak.

Winsal Mursidi, 21, dan seorang lagi rakan yang masih bebas yang hadir di hadapan hakim Noor Hafizah Mohd Salim mengaku bersalah atas kesalahan merompak secara berkumpulan seorang lelaki tempatan dan barang rompakan seperti, sebuah laptop, lesen memandu, tiket penerbangan, sebuah beg laptop, kunci kereta, kad ATM, MyKad, kunci pejabat, kad pelajar, wang tunai RM200 di KFC, Jalan Sulaman, pada jam 4.40 pagi, pada 25 Mac tahun ini.

Tertuduh dihukum di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 25 Mac tahun ini, satu laporan telah diterima, semasa berada di restoran KFC, jalan UMS, tertuduh telah masuk ke sebuah restoran KFC dan pura-pura meminta macis, kawan yang masih bebas memegang tangan dan leher pengadu dan memukul kepala mangsa, tertuduh mengambil barang dari mangsa. Semasa kejadian, pekerja KFC melihat kejadian tersebut, dan rakaman kamera litar tertutup telah diserahkan kepada pihak polis.

Semasa rayuan, Winsal meminta hukuman diringankan, kerana dia mempunyai tanggungan tiga orang anak dan isteri yang tiada tempat tinggal, mereka tinggal di tepi pantai.

Tambahnya lagi, semasa kejadian tertuduh baru sahaja keluar dari hospital untuk pembedahan appendix. Timbalan Pendakwa Raya, Alkmalzatul Mohamed Nawi, minta hukuman berat dikenakan kerana kes ini serius dan tertuduh telah menyerang mangsa.

Kesan daripada kejadian itu, banyak kerja yang perlu dibuat dan mangsa mengalami truama.

Dalam mahkamah yang berasingan, Mahkamah menjatuhkan RM5,000 gagal bayar penjara 6 bulan dan rujuk imigresen selesai menjalani hukuman atas pertuduhan memiliki 42 Dvd pelbagai tajuk tanpa sijil perakuan (B). Jakaria Jikin, mengaku bersalah memiliki Dvd tersebut di Anjung Selera, di Tanjung Lipat, Likas, pada jam 7.50 malam, pada 1 April tahun ini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 18 (4) Akta Pencetakan Filem 2002 yang membawa hukuman paling kurang RM5,000 maksimum RM30,000 dan penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 1 April tahun ini, pada jam 7.50 malam di Tanjung Lipat, Likas, telah membuat tangkapan dan menjumpai 42 Vcd pelbagai tajuk, barang kes diambil untuk siasatan lanjut.

Semasa rayuan, tertuduh meminta agar hukuman diringankan kerana mempunyai tanggungan keluarga. Mahkamah yang sama, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dari tarikh ditangkap dan dua tahun pengawasan polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah.

Nazmey pakan, Ronald Henry, Mohd Suhaimie Raja Ahmad, Mohd Alim Mohd Harun, yang hadir di hadapan majistret Stephanie Sherron Abbie dihukum di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman RM 100,000 dan penjara tidak kurang lima tahun atau kedua-duanya sekali. Semasa rayuan, kesemua mereka memohon hukuman diringankan.

Tiada ulasan

Latest Articles