Sebuah perpustakaan adalah tempat di mana seseorang pelajar pergi untuk belajar dan membuat kajian. Ia bukan tempat di mana anda mel...
Sebuah perpustakaan adalah tempat di mana seseorang pelajar pergi untuk belajar dan membuat kajian.

Itu adalah apa yang seorang pelajar Universiti Newcastle telah lakukan dan ditangkap atas perbuatan yang memalukan itu.
Pertunjukan seks pelajar itu telah ditayangkan pada laman web berbayar untuk ditonton dan dipromosikan melalui media sosial, menurut laporan Newcastle Herald.
Menurut universiti, pelajar itu telah diberi kaunseling selepas pegawai mendapat tahu bahawa dia telah menyiarkan persembahan seks solo dari perpustakaan kampus Auchmuty.
Jurucakap universiti berkenaan berkata mereka “sangat kecewa” apabila pelajar itu didapati “menggunakan kemudahan internet secara tidak wajar di kampus”.
“Kami mempunyai tataterbit yang jelas dengan menggariskan pelbagai tingkah laku pelajar di universiti ” katanya dalam satu kenyataan.
“Perkara itu kini telah disiasat dan pelajar itu juga diberi kaunseling. Satu bahagian penting dalam tugas kami adalah untuk melindungi privasi para pelajar kita dan tidak sesuai bagi pihak universiti untuk menyediakan butiran terperinci berhubung kejadian itu.”
Bahagian perpustakaan di mana pelajar itu dikatakan telah menonjolkan perbuatan seks pada kamera telah dibersihkan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan