JOHOR BAHARU: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan sembilan warga Indonesia dipercayai cuba merompak sebuah kapal dalam ‘Ops Pensura’ 2...
JOHOR BAHARU: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua menahan sembilan warga Indonesia dipercayai cuba merompak sebuah kapal dalam ‘Ops Pensura’ 2014’ di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi, dua hari lepas.
![]() |
RAMPASAN - Antara Barang dirampas |
Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua mereka ditahan ketika berada pada kedudukan 2.5 batu nautika di perairan terbabit pada jam 7.30 malam.
“Lima daripada lelaki itu ditahan di atas sebuah bot gentian manakala empat yang lain ditahan di atas kapal OST Marine.
“Kesemua mereka mengaku merancang untuk merompak sebuah lagi kapal di perairan Pulau Lima, Kota Tinggi,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Katanya, empat kru kapal OST Marine turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Turut dirampas 10 bilah parang, 10 topeng muka, galah panjang, telefon satelit serta alatan GPS mudah alih, katanya.
Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Barang Kakisan Letupan Senjata Bahaya 1958 dan Akta Imigresen 1959 Pindaan 2002, katanya. — Bernama
Tiada ulasan
Catat Ulasan