GEMPA BUMI 7.3 CETUS AMARAN TSUNAMI
GEMPA BUMI 7.3 CETUS AMARAN TSUNAMI

Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud menggegarkan Kepulauan Maluku di timur Indonesia Sabtu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.
Gempa dasar laut melanda pada kedalaman 46 kilometer pada 10:31 waktu tempatan, 154 kilometer ke barat laut Kota Ternate, kata USGS.
“Gelombang Tsunami berkemungkinan berlaku di pantai yang terletak dalam jarak 300 kilometer,” kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC).
Namun Di Malaysia, Jabatan Meteorogi melalui saluran media sosial memaklumkan kepada orang ramai tiada amaran Tsunami dikeluarkan.
Tiada ulasan
Catat Ulasan