Harga Petrol RON97 Dikurangkan 20 Sen Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 20 sen, berkuatkuasa esok, menjadikan harga pasaran terk...
![]() |
Harga Petrol RON97 Dikurangkan 20 Sen |
Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 20 sen, berkuatkuasa esok, menjadikan harga pasaran terkini adalah RM2.55 sen seliter, berbanding RM2.75 sebelum ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini melalui Twitter miliknya mengumumkan perkara itu, dengan melampirkan surat yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.
“RON97 turun 20 sen seliter, daripada RM2.75 kepada RM2.55, mulai tengah malam ini, 19 November. Disertakan salinan surat Kementerian Kewangan,” katanya.
Bagaimanapun, harga bagi RON95 dan diesel masih kekal.
Tiada ulasan
Catat Ulasan