“Berdasarkan pemeriksaan, lelaki itu mempunyai ketinggian enam kaki sembilan inci dan dipercayai sudah empat hari mati memandangkan" ...
“Berdasarkan pemeriksaan, lelaki itu mempunyai ketinggian enam kaki sembilan inci dan dipercayai sudah empat hari mati memandangkan"
![]() |
MAYAT DITEMUI SARAWAK |
APMM Bintulu mengerahkan tujuh anggota penguatkuasaannya ketika itu menjalankan rondaan Ops Permai bergerak ke lokasi penemuan mayat berkenaan bagi menjalankan siasatan.
Menurut Ketua Penguat Kuasa Maritim Bintulu, Komander Rahim Ramli setibanya di lokasi kejadian pihaknya mendapati terdapat mayat lelaki terapung di situ tanpa pakaian.
“Berdasarkan pemeriksaan, lelaki itu mempunyai ketinggian enam kaki sembilan inci dan dipercayai sudah empat hari mati memandangkan keadaan mayat mengembang dan beberapa bahagian tertentu tubuhnya koyak dipercayai dimakan hidupan marin,” katanya pada sidang media di sini, petang semalam.
Sama ada mangsa warga tempatan atau asing masih dalam siasatan memandangkan perairan maritim negara turut bersempadan dengan negara-negara jiran.
Anggota APMM bertindak mengambil mayat itu dan membawanya ke jeti Kampung Jepak di sini dan tiba pada jam 9 malam kelmarin sebelum membawa mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi bedah siasat.
Kes itu dikendalikan APMM memandangkan bidang kuasa mereka selaku penguat kuasa di laluan maritim serta kawasan sekitar perairan negara.
Rahim menggesa sesiapa ada kehilangan ahli keluarga atau rakan menghubungi bilik operasi APMM Bintulu menerusi talian 086-314087/086-314024.
Tiada ulasan
Catat Ulasan