Page Nav

HIDE
Friday, March 21

Pages

Breaking News:
latest

Ads Place

5 GAMBAR ANJUNG BANGLO RUNTUH MENYEBABKAN SEORANG MAUT

Seorang Maut Anjung banglo Runtuh KUALA LUMPUR - Seorang pekerja binaan maut manakala seorang lagi cedera apabila bahagian anjung sebu...

Portal Berita Sabah
Seorang Maut Anjung banglo Runtuh
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja binaan maut manakala seorang lagi cedera apabila bahagian anjung sebuah banglo tiga tingkat yang dalam pembinaan, runtuh dalam kejadian di Jalan Alam Sutera, Bukit Jalil, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, ketika kejadian kira-kira 4 petang, tiga warga Indonesia sedang bekerja di situ namun seorang tidak sempat menyelamatkan diri.

"Mangsa yang dikenali sebagai Narwan meninggal dunia akibat dihempap batu bata manakala rakannya cedera ketika bertindak menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan kepada media.

Kok Sin berkata, pemeriksaan di rumah yang hampir 65 peratus siap itu juga mendapati anjung rumah di aras tiga itu runtuh namun tiada kerosakan dikesan di bahagian lain.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat manakala pekerja yang cedera itu dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Kok Sin berkata, maklumat lanjut mengenai identiti mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama

Lagi Gambar Anjung Banglo Runtuh





INI BETUL-BETUL POWER !!! ENDADA BUFFERING BAH 

Tiada ulasan

Latest Articles