Page Nav

HIDE
Friday, April 18

Pages

Breaking News:
latest

Ads Place

MANGSA CULIK Abu Sayyaf, Chan Sai Chuin kembali ke Pangkuan Keluarga

Tiada pengesahan dapat dibuat sama ada wang tebusan RM3 juta itu telah sampai ke tangan kumpulan lelaki bersenjata atau sebaliknya. ...

Tiada pengesahan dapat dibuat sama ada wang tebusan RM3 juta itu telah sampai ke tangan kumpulan lelaki bersenjata atau sebaliknya.

PORTAL BERITA SATUSABAH
Wajah Chan Sai Chuin,32, mangsa penculikan kumpulan pengganas Abu Sayyaf selepas berada dalam kurungan di Pulau Jolo, Selatan Filipina.

Beliau telah dibawa pulang oleh pasukan perunding Malaysia dan Filipina pada jam 6.45 pagi Rabu di Sandakan. Beliau telah diculik pada 16 Jun lalu di ladang ternakan ikan miliknya di Kampung Sapong, Kunak.

Difahamkan Sai Chuin telah dibebaskan pada jam 11.30 malam Selasa berikutan rundingan yang panjang antara utusan Filipina dan kumpulan Abu Sayyaf yang diketuai oleh Sadawan bersaudara di Jolo.

Walau bagaimanapun, tiada pengesahan dibuat sama ada wang tebusan RM3 juta yang dituntut oleh pengganas tersebut sampai ke tangan mereka atau sebaliknya.


Tiada ulasan

Latest Articles