LAHAD DATU - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas dadah jenis syabu seberat 7,124.25 gram bernilai kira-kira...
LAHAD DATU - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing dan merampas dadah jenis syabu seberat 7,124.25 gram bernilai kira-kira RM1.3 juta di Jalan Tengah Nipah, di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, kedua-dua suspek yang berumur 44 dan 40 tahun itu ditahan pada 10.30 pagi, selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran sebuah kereta yang mencurigakan di kawasan berkenaan.
"Ketika polis mahu menahan mereka, pemandu kereta itu memecut kenderaannya dan merempuh kereta pasukan polis peronda, namun kedua-dua suspek dapat ditahan.
"Hasil pemeriksaan dalam kereta, polis menemui bungkusan guni berwarna putih dan di dalamnya berisi sebuah beg berwarna hitam mengandungi tujuh kotak berisi plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki syabu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan awal pihak polis mendapati dadah tersebut adalah untuk dipasarkan di Sabah.
Katanya, kes itu merupakan rampasan terbesar membabitkan dadah jenis syabu oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Lahad Datu pada tahun ini.
Kedua-dua suspek ditahan reman selama seminggu bermula Isnin lepas bagi siasatan lanjut, katanya. - Bernama
MAXIS BUAT PERBANDINGAN INTERNET PALING LAJU <----- MISTI TINGU RUGI NANTI
Tiada ulasan
Catat Ulasan