Page Nav

HIDE
Friday, March 21

Pages

Breaking News:
latest

Ads Place

Sabah Rhino Teruskan Rentak Kemenangan di China

SABAH RHINOS memulakan kejohanan Yunnan International Asian Football Tournament di Mangshi, China dengan kemenangan apabila menewaskan kel...

SABAH RHINOS memulakan kejohanan Yunnan International Asian Football Tournament di Mangshi, China dengan kemenangan apabila menewaskan kelab tempatan, Lijiang FC 3-2, pagi tadi.

Portal Berita Satu Sabah
Pasukan utama negeri yang hanya membawa seramai 18 pemain ke negara tembok besar itu mendahului 2-0 pada 10 minit pertama perlawanan hasil jaringan bekas pemain Kedah dan Sime Darby FC, Shafiq Jamal di minit ketiga dan ketujuh.

Penyerang berusia 27 tahun itu menjaringkan gol pertamanya selepas menyudahkan hantaran Leopold Alfonso Otong sebelum menambah gol kedua empat minit kemudian hasil hantaran Maxsius Musa.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32 dan 38 untuk menjadikan kedudukan terikat 2-2 sehingga tamat separuh masa pertama.

Kemasukan El Hadji Diouf dan penyerang import dari Libya, Eamon Zayed yang menggantikan Shafiq dan Maxsius pada babak kedua berjaya mengubah keputusan perlawanan apabila Zayed menjaringkan gol kemenangan di minit ke-63.

Gol itu berpunca selepas Zayed mendapat satu hantaran tepat dan kemudian mengelecek penjaga gol lawan sebelum dengan tenang menyepak masuk bola ke gawang.

Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dan dengan kemenangan itu, Sabah mencerahkan peluang ke separuh akhir apabila mengutip tiga mata penuh.

Sementara itu, pengurus pasukan, George O’Callaghan ketika ditemui gembira dengan kemenangan itu walaupun mendapat tentangan sengit daripada tuan rumah.

“Kita gembira kerana meneruskan rentak kemenangan (selepas menewaskan Sarawak tempoh hari), dan saya harap ianya akan berterusan.

“Kita juga perlu realistik kerana kita tahu mereka telah menewaskan pasukan juara Myanmar kelmarin…ia satu perlawanan yang menarik,” katanya.

Sabah Rhinos akan meneruskan perlawanan pada malam esok bertemu pasukan juara daripada Myanmar bermula jam 7 malam. sumber PORTAL SAFA

CANONNIKON APA PILIHAN KAMU?


Tiada ulasan

Latest Articles