Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Siapa Jurulatih Sabah ?

Bukan sekadar khabar angin atau desas desus lagi mengenai hasrat  DSP TC Goh untuk mendapatkan seorang jurulatih yang berpengalaman dan pe...

Bukan sekadar khabar angin atau desas desus lagi mengenai hasrat DSP TC Goh untuk mendapatkan seorang jurulatih yang berpengalaman dan pernah mengecapi kejayaan membimbing pasukan di bawahnya.

PORTAL BERITA MASYARAKAT SABAH
Pasukan bolasepak sabah yang sebelum ini dikenali sebagai SABAHAWKS kini kembali kepada SABAH RHINO sudah begitu dahagakan Tropi dalam pertandingan bolasepak Malaysia.

Kali terakhir bergelar sebagai Pasukan JUARA adalah pada tahun 1995 dan 1996 dan selepas itu beberapa kali kecundang di aksi final Piala Malaysia.

Pasukan Sabah sebelum ini diurus oleh Pengarah Teknikal Sabah Rhino, George O’Callaghan kurang bermaya dalam beberapa aksi persahabatan termasuk ketika mengikuti pertandingan kejohanan pendek di China pada tahun lalu.

Tahun ini Sabah diperkuat dengan beberapa pemain import luar negara yang berpengalaman bermain dalam Liga EPL iaitu mantan penyerang Liverpool Hadji Diouf dan rakan senegaranya Faye juga bermain dalam Liga EPL. Turut berada dalam pasukan Sabah adalah Pemain Kebangsaan Singapura dan Penyerang Ireland Eamon Zayed.

SIAPA BAKAL MEMBIMBING SABAH DALAM LIGA PERDANA UNTUK MENCAPAI MISI MELANGKAH KE LIGA SUPER PADA TAHUN HADAPAN ? ANTARA 3 NAMA INI ONG KIM SWEE, AZRAI KHOR ATAU K.RAJAGOPAL ? Semakin Menarik untuk diketahui dan Tidak Sabar untuk menyaksikan SABAH bermain di Likas pada Bulan Januari Nanti.

SUDAH ADA JADUAL BOLASEPAK 2015 ? DOWNLOAD SINI




Tiada ulasan

Latest Articles