Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pegawai Bank di Telupid Maut Dipukul

  Seorang pegawai bank maut dipercayai dipukul berhampiran bank tempatnya bekerja di pekan Telupid, kira-kira 130 kilometer (km) dari ...

 
Seorang pegawai bank maut dipercayai dipukul berhampiran bank tempatnya bekerja di pekan Telupid, kira-kira 130 kilometer (km) dari sini, awal pagi tadi. 
 
Henry Edoos, 43, ditemui tidak sedarkan diri dan berlumuran darah oleh orang awam di tangga tepi bank berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Duchess of Kent, di sini. 
 
Mangsa dari Kampung Silad, Ranau, dipercayai dipukul sekitar jam 4 pagi oleh individu tidak dikenali ketika mahu ke rumah sewanya di tingkat atas bank berkenaan. 
 
Sebelum kejadian, mangsa dipercayai ke sebuah kedai berhampiran bank terbabit sebelum mengunjungi pusat hiburan di sini, kira-kira jam 7.30 petang semalam. 
 
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Sivanathan, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan objek keras yang menyebabkan luka di kepala dan lebam di muka. 
 
Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan retak tempurung kepala.
 
 “Polis masih menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank untuk mengetahui pergerakan mangsa dan melihat apa yang berlaku. 
 
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini. Sivanathan turut meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan

Tiada ulasan

Latest Articles