Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Abu Sayyaf Penggal Tebusan Warga kanada

MANILA - Militan Abu Sayyaf di Filipina membunuh seorang tebusan warga Kanada, John Ridsdel kata seorang pegawai kerajaan Kanada yang m...

MANILA - Militan Abu Sayyaf di Filipina membunuh seorang tebusan warga Kanada, John Ridsdel kata seorang pegawai kerajaan Kanada yang mengesahkan berita itu semalam.

Tentera Filipina berkata, mereka menemui kepala Ridsdel di sebuah pulau terpencil semalam, lima jam selepas tarikh akhir penyerahan wang tebusan yang ditetapkan militan tamat dan mengancam untuk membunuh seorang daripada empat tawanan.

Perdana Menteri Justin Trudeau yang sedang bercuti akan memberi kenyataan mengenai pembunuhan bekas eksekutif perlombongan itu pada jam 6 petang (waktu tempatan), di Alberta, kata jurucakap kepada pemberita.

Setakat ini tentera belum dapat mengesahkan sama ada kepala itu milik seorang daripada empat tawanan kumpulan yang dikaitkan dengan al-Qaeda yang menuntut wang tebusan itu.

Mereka yang ditawan adalah dua lelaki Kanada, termasuk Ridsdel, seorang lelaki Norway dan seorang wanita Filipina.

Penduduk menemui kepala itu di tengah bandar Jolo. Jurucakap tentera berkata, dua lelaki menunggang motosikal dilihat menjatuhkan beg plastik mengandungi kepala itu.

Jurucakap itu berkata kumpulan militan Abu Sayyaf mengancam untuk memenggal kepala seorang daripada empat tawanan pada Isnin jika wang tebusan 300 juta peso (RM25 juta) bagi setiap mereka tidak dibayar pada jam 3 petang waktu tempatan.

Abu Sayyaf adalah kumpulan militan kecil yang kejam dan gemar memenggal kepala, menculik, melakukan pengeboman dan peras ugut di selatan negara yang majoritinya adalah penganut Katolik. - AGENSI

Tiada ulasan

Latest Articles