Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

DBKK Lancar Bulan Pengurangan Bayaran Parkir

KOTA KINABALU , 26 April - Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah hari ini mengumumkan bulan amnesti bayara...

KOTA KINABALU, 26 April - Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah hari ini mengumumkan bulan amnesti bayaran parkir bagi pesalah trafik yang gagal menjelaskan bayaran parkir dari Mei 2012 hingga September 2014.

Yong ketika mengumumkan demikian di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata bulan amnesti itu dilancarkan sempena genap 100 hari mayor baru KK Datuk Yeo Boon Hai menyandang jawatan itu.

Ia berkuatkuasa serta merta dan berakhir pada 10 Jun tahun ini.

Katanya, pemberian amnesti membolehkan lebih 20,000 pengguna kenderaan yang diberikan notis parkir menjelaskan bayaran mereka bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Ini juga bagi menggalakkan orang lain yang mendapat notis supaya tampil menjelaskan bayaran parkir. - BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles