KUDAT (Sikuati): Pengasas Yayasan Verdon Bahanda, Dato’ Verdon Bahanda menasihatkan golongan pelajar agar lebih keratif dan berinovasi...
KUDAT (Sikuati): Pengasas Yayasan Verdon Bahanda, Dato’ Verdon Bahanda menasihatkan golongan pelajar agar lebih keratif dan berinovasi dalam menghadapi masa depan yang lebih ceria, cemerlang dan gemilang.
Katanya, masa kini bukan lagi zaman untuk mengharapkan pekerjaan dari agensi kerajaan sebaliknya harus mencipta peluang sendiri berdasarkan ilmu dan kemahiran yang sudah dimiliki.
Menurutnya, masa kini adalah berbeza dengan waktu terdahulu apabila pekerjaan senang diperolehi tidak mengira kelulusan akademik. Berbanding sekarang, graduan sentiasa sahaja berlumba-lumba merebut setiap jawatan yang disediakan kerajaan.
“Justeru para pelajar harus mencontohi rakan-rakan yang sudah berjaya dengan cemerlang dalam bidang perniagaan. Dampingi mereka untuk memperolehi nasihat dan tips yang berguna demi masa depan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian di Majlis Anugerah Gemilang Pelajar SMK Sikuati 2016 di Dewan Pelajar dekat sini baru-baru ini.
Selain daripada itu, Verdon turut mengucapkan tahniah kepada para ibu bapa atas peranan mereka dalam menentukan halatuju masa depan anak-anak sehingga mendapat penganugerahan sebagai salah seorang pelajar cemerlang.
Verdon turut mengajukan ucapannya itu kepada pengetua sekolah dan semua pendidik selain daripada pengurusan akademik yang mampu mendidik pelajar-pelajarnya sehingga menjadi seorang yang cemerlang sehingga memartabatkan sekolah berkenaan ke satu tahap membanggakan.
Tahun ini, seramai 42 pelajar telah mendapat anugerah kecemerlangan akademik dan Adik Sheron binti Malanting dinobatkan sebagai “ Tokoh Pelajar 2016 “ manakala Francis Luntid dan isterinya Suraini Laduni dianugerahkan sebagai “ Tokoh Ibubapa”.
Dimajlis itu, Dato’ Verdon turut menyumbang RM10,000 kepada SMK Sikuati dan RM5,000 lagi kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah sebagai dana penambahbaikan kedua-dua unit itu.
Hadir sama, isteri Verdon, Datin Cynthia George, Pengetua SMK Sikuati Haji Ismail Tukimin, Penolong Kanan, Hamidi Ahmad, Yang Di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru (Pibg) SMK Sikuati, Wahidin Rashid. - NewSabahTimes

Tiada ulasan
Catat Ulasan