LAHAD DATU : Seorang pemandu kereta Perodua Viva maut, selepas kenderaanya terbabit dalam nahas jalan raya, di Kilometer 23 Jalan Lah...
LAHAD DATU : Seorang pemandu kereta Perodua Viva maut, selepas kenderaanya terbabit dalam nahas jalan raya, di Kilometer 23 Jalan Lahad Datu-Sandakan, dekat sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP. Hamzah Ahmad berkata, mangsa yang dikenali sebagai Nielsen Stephen, 27, dan berasal dari Pekan Beluran disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Menurut Hamzah, nahas itu berlaku kira-kira jam 3.55 petang sewaktu mangsa yang memandu berseorangan dikatakan sedang dalam perjalanan daripada Lahad Datu menuju ke Sandakan.
Bagaimanapun, katanya, menerusi hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati, sebaik tiba di kilometer berkenaan, kereta dipandu mangsa dipercayai telah berlanggar tepi sebelah kanan sebuah lori jenis Isuzu yang datang dari arah bertentangan.
“Nahas itu mengakibatkan kenderaan yang dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian sebelah pemandu. Namun pemandu lori berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.
Dalam pada itu, jelas Hamzah, pihaknya kini masih lagi meneruskan siasatan berhubung kejadian tersebut dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kita juga meminta kerjasama dari orang ramai yang ada menyaksikan nahas tersebut supaya dapat tampil untuk menyalurkan maklumat kejadian bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya lagi. - NewSabahTimes

Tiada ulasan
Catat Ulasan