Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Lelaki maut apabila bas mini dipandunya terlibat kemalangan

RANAU -  Seorang lelaki tempatan yang masih bujang maut setelah bas mini jenis Toyota Liteace yang dipandunya terlibat kemalangan dek...


RANAU -  Seorang lelaki tempatan yang masih bujang maut setelah bas mini jenis Toyota Liteace yang dipandunya terlibat kemalangan dekat sini pada awal pagi kemarin.

Ketua Polis Daerah Ranau, Timbalan Superintendan Polis (DSP) Mohd.Farhan Lee Abdullah yang mengesahkan kes itu kepada media memberitahu, mangsa Mesnan Bin Yusin, 25, dari Kampung Kimolohing maut di tempat kejadian.

Menurut Mohd. Farhan, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai buruh dikatakan memandu dari arah Kampung Bongkud sebelum terbabit kemalangan.

“Van yang dipandu mangsa terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar tebing tanah yang bersemak di Kampung Simpangan Poring,Jalan Lohan-Poring.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang memandu dibawah pengaruh alkohol setelah contoh darah diambil untuk ujian,” jelasnya.

Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan pihak polis pada kenderaan,tidak berlaku kerosakan pada bahagian hadapan Van kecuali cermin besar bahagian belakang didapati pecah.

“Kedudukan pemandu di atas tanah sebelah kiri Van yang tersadai dan pintu Van sebelah kiri terbuka.

“Pemerhatian di lokasi kejadian menunjukkan cuaca baik dan gelap tanpa lampu jalan , jalan raya selekoh, permukaan jalan berturap, kering dan rata,” jelas Mohd.Farhan.

Tambah beliau,mayat mangsa akan dihantar ke Pathologi Hospital Queen Elezebeth Satu pada 25 April ini untuk bedah siasat seterusnya mengetahui punca sebenar kematian dan Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas arahan KBSPTD.

“Pada masa sama, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Ranau sedang dalam usaha untuk mencari serta mengumpul saksi dalam kejadian tersebut.

“Sekiranya terdapat unsur jenayah ke atas mangsa, kes tersebut akan dibuka semula oleh Pegawai Penyiasat Jenayah dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,”jelasnya.

Mohd.Farhan turut meminta kerjasama orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat behubung kes itu supaya tampil untuk memberi keterangan di IPD Ranau. NewSabahTimes

Tiada ulasan

Latest Articles