Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

MPS Minta Dua Akhbar Tempatan Betulkan Fakta Mengenai Tanah Rizab Kg. Sinar Baru

SANDAKAN : Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mahu dua akhbar tempatan membetulkan fakta dalam laporan berita yang disiarkan mengenai per...

SANDAKAN : Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mahu dua akhbar tempatan membetulkan fakta dalam laporan berita yang disiarkan mengenai perebutan tanah adat bumiputera rizab di Kampung Sinar Baru Gum-Gum di sini.

Laporan berita akhbar New Sabah Times dan Borneo Post yang bertarikh 25 April lepas mengandungi laporan penglibatan MPS dalam operasi memusnahkan tanaman di lot tanah dalam kawasan kampung berkenaan.

Timbalan Presiden MPS Hamsan Awang Supain berkata penglibatan anggota penguatkuasa MPS dan Polis hanya membantu mengawal keselamatan pemilik permit yang sah untuk membangunkan lot masing-masing.

Katanya keputusan membantu mengawal keselamatan pemilik permit yang sah dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Adhoc bagi menyelesaikan isu pencerobohan kampung tersebut yang dipengerusikan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Zakaria Mohd Edris.

"MPS turut menafikan penglibatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) seperti yang disiar dalam akhbar sebaliknya kawalan keselamatan hanya membabitkan Polis dan anggota penguatkuasa MPS," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Daerah Sandakan Awang Damit menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa lot-lot permit penempatan di kampung tersebut diberikan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Katanya setiap permit yang dikeluarkan oleh pemegang amanah adalah sah disisi undang-undang seperti yang termaktub dalam warta Subseksyen (1),(2) dan (3) Seksyen 78 Ordinan Tanah.

Menurutnya Mahkamah Negeri mempunyai bukti bahawa terdapat pihak tertentu yang mengeluarkan dokumen palsu berkaitan pemilikan lot di Kampung Sinar Baru.

Beliau berkata Pejabat Mahkamah Anak Negeri sedang meneliti kes ini untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles