Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pemimpin Akar Umbi Bantu Jelaskan Dasar Kerajaan, Isu Semasa

Musa (tengah) mengambil gambar bersama pemimpin-pemimpin masyarakat ketika majlis berkenaan - Foto Kredit : YB Abdul Mijul Hj Unaini ...

Musa (tengah) mengambil gambar bersama pemimpin-pemimpin masyarakat ketika majlis berkenaan - Foto Kredit : YB Abdul Mijul Hj Unaini
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta semua pemimpin akar umbi khususnya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di negeri ini supaya membantu menjelaskan dasar kerajaan dan isu semasa kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Sebagai penghubung kerajaan dan rakyat, katanya mereka perlu peka dan mengetahui semua dasar serta isu semasa.

"Untuk menjadi mata, telinga dan lidah kerajaan, pemimpin masyarakat perlu peka dan tahu apa yang dilakukan kerajaan supaya boleh memberi penerangan kepada rakyat, sekali gus mampu menangkis pelbagai fitnah yang memburuk-burukkan kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Sabah Bersama Pemimpin Masyarakat Zon Pantai Barat, di Menara Tun Mustapha di sini hari ini.

Selain itu, beliau meminta pemimpin akar umbi supaya memberikan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai usaha-usaha pembangunan di kawasan masing-masing.

"Ia penting untuk memantapkan lagi sokongan rakyat kepada kerajaan, pastikan kekuatan kerajaan di peringkat akar umbi terus kukuh," tambah beliau.

Pada masa sama, Musa berharap pemimpin masyarakat tidak sesekali menjadi alat untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu.

"Jangan membuang masa dan terikut-ikut dengan tindakan perti pembangkang yang jelas tidak mempunyai agenda untuk rakyat. Sebaliknya apa yang penting adalah khidmat dan amanah kita kepada rakyat," tegasnya.

Sementara itu, Musa menyarankan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) menyediakan 'Profil Kampung' untuk mengetahui apa yang diperlukan oleh sesebuah kampung.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles