Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Operasi Pembenihan Awan di Sabah

Operasi pembenihan awan (OPA) di Sabah dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan pesawat Tentera Udara Diraja...


Operasi pembenihan awan (OPA) di Sabah dilaksanakan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas pada pukul 11 pagi tadi. 

Ketua Pengarahnya Datuk Che Gayah Ismail berkata operasi itu dilakukan bersama TUDM dengan menggunakan pesawat TUDM C-130. 

“Pesawat sudah berlepas pada pukul 11 pagi dari Pangkalan TUDM Labuan bagi kawasan yang mengalami jerebu antaranya Penampang, Beaufort dan Tuaran.

“Kerja pembenihan awan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya satu hingga dua jam bergantung kepada kedudukan awan bagi setiap operasi,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Beliau berkata kerja OPA dilakukan berikutan keadaan jerebu akibat kebakaran hutan gambut yang melanda negeri itu baru-baru ini dan operasi tersebut akan terus dilaksanakan mengikut keperluan. 

Ditanya mengenai permintaan melakukan OPA di Perlis berikutan cuaca panas dan kering di Chuping yang mencecah 38 daerjah Celcius setakat pukul 5 petang semalam, Che Gayah berkata setakat hari ini pihaknya masih belum menerima permintaan untuk melakukan OPA di negeri itu. – BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles