Sekadar Gambar Hiasan RANAU : Sekurang-kurangnya dua sekolah telah diterbangkan bumbung manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kec...
Sekadar Gambar Hiasan |
RANAU: Sekurang-kurangnya dua sekolah telah diterbangkan bumbung manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kecil ekoran tiupan angin kencang yang berlaku di sini pada petang hari Selasa.
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Siti Hamni Hashim, yang mengesahkan kejadian terbabit kepada media memberitahu tiga sekolah yang terkesan ekoran kejadian sekitar jam 3.45 petang itu ialah SK Bongkud, SK Tampios dan SK Miruru.
“Kejadian ribut yang berlaku pada petang Selasa telah menerbangkan bumbung satu blok bangunan empat kelas di SK Bongkud. Kelas terlibat ialah kelas Tahun 6 dan kelas Tahun 5, serta dua kelas khas untuk Sains dan Bahasa.
“Pada masa yang sama, SK Tampios juga terjejas akibat ribut petang semalam di mana, bumbung sekolah tersebut diterbangkan ribut. Satu blok bangunan terjejas yang menempatkan stor pejabat, stor Buku Teks dan stor peralatan PJK.
“Sementara itu, sebuah lagi sekolah iaitu SK Miruru juga telah mengalami kerosakan kecil pada siling bangunan makmal komputer. Ekoran kejadian ini kita lega kerana tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan yang dilaporkan,” jelas beliau.
Siti Hamni berkata, pihaknya telah mengarahkan supaya sekolah-sekolah terbabit untuk menempatkan kelas-kelas altenatif terhadap kelas yang terlibat bagi membolehkan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.
“Antara lain usaha yang dijalankan dalam menangani insiden ini ialah dengan mengarahkan pihak sekolah bagi memastikan semua perabot dan peralatan yang terdapat dalam kelas-kelas yang terlibat dipindahkan segera ke tempat selamat.
“Bagi SK Bongkud, alternatif untuk kelas sementara yang dicadangkan dibuka bermula esok ialah di Bilik Gerakan sekolah bagi Tahun 6 dan di Dewan Terbuka Sekolah untuk kelas tahun 5.
“Langkah-langkah seumpamanya juga akan dijalankan di sekolah-sekolah lain yang terlibat. Kita juga difahamkan bahawa PIBG sekolah masing-masing akan membantu secara bergotong-royong membersihkan kesan ribut,” jelas beliau.
Menurutnya lagi, pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah di sini akan berjalan seperti biasa dan telah melaporkan kerosakan berkaitan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan menanti tindakan selanjutnya serta peruntukan dari pihak atasan. - NewSabahTimes

Tiada ulasan
Catat Ulasan