KOTA KINABALU : Malaysia, Indonesia dan Filipina kini merancang serangan di kawasan laut bagi menangani kegiatan lanun, di mana kumpulan...
KOTA KINABALU: Malaysia, Indonesia dan Filipina kini merancang serangan di kawasan laut bagi menangani kegiatan lanun, di mana kumpulan militan Abu Sayyaf turut memindahkan operasi penculikan mereka ke kawasan yang sama.
Menteri-menteri luar dan pegawai-pegawai tertinggi tentera dari tiga negara ini akan bertemu di Jogjakarta pada Khamis bagi mencari pendekatan terbaik dan penyelesaian keselamatan untuk membendung ancaman penculikan dan aktiviti jenayah di kawasan sempadan yang dikongsi bersama.
Mesyuarat itu dipanggil oleh Indonesia di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat tentang keadaan keselamatan di selatan Filipina di mana penjenayah rentas sempadan yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf telah menculik 14 warga Indonesia dan empat anak kapal Malaysia yang sedang lalu di sempadan perairan Filipina dalam tiga kejadian berasingan antara 26 Mac dan 8 April.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia Luhut Binsar Pandjaitan Luhut Binsar Panjaitan berkata rantau Filipina selatan mungkin akan menjadi seperti perairan Somalia di mana penculikan berlaku secara berleluasa.
Beliau berkata perlindungan perdagangan di kawasan ini menjadi keutamaan.
Dua buah kapal Indonesia - Brahma 12 dan Anand 12 telah dirampas dan 10 kelasi Indonesia telah dijadikan tebusan di selatan Filipina pada 26 Mac lalu. Mereka dibebaskan pada Ahad.
Empat lagi pelaut Indonesia dari kapal tunda TB Henry masih ditahan oleh lelaki bersenjata di Jolo. Empat anak kapal Malaysia juga kini berada di tangan lelaki bersenjata.
Sabah mengambil langkah segera dengan menghentikan perdagangan pertukaran barang di sempadan laut yang dijalankan sejak berabad-abad lamanya dengan selatan Filipina dalam usaha memastikan keselamatan kawasan sempadannya manakala Indonesia menghentikan sementara operasi kapal daripada menggunakan laluan maritim antara pantai timur Sabah dan Tawi Tawi di Filipina.
Antara cadangan di mana Putrajaya dan Jakarta berminat untuk meneruskan kerjasama dengan Manila adalah mengadakan rondaan bersama untuk menjamin keselamatan laluan maritim Celebes dan laut Sulu.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, rakan sejawatnya dari Indonesia dan Filipina Retno Marsudi dan Albert Del Rosario dijadualkan bertemu bersama-sama dengan panglima angkatan tentera ketiga-tiga negara bagi membincangkan penyelesaian.
Anifah dalam satu kenyataan pada Rabu berkata mesyuarat tersebut akan membincangkan usahasama untuk mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan maritim di perairan ketiga-tiga negara, susulan berlaku beberapa kejadian penculikan baru-baru ini.
Katanya, Malaysia komited untuk bekerjasama dengan Indonesia dan Filipina dalam mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di kawasan berkenaan dan rantau ini.
Empat rakyat Malaysia, Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29; dan Johnny Lau Jung Hien, 21, diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Semporna, Sabah ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Filipina pada 1 April lepas.
Keempat-empat mangsa dari Sibu itu adalah kru kapal Masfive 6 yang mengangkut balak dari Malaysia ke Manila, Filipina. - Mstar Online

Tiada ulasan
Catat Ulasan