Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Seorang Lelaki Maut Ditikam Abang Angkat Di Manggatal

KOTA KINABALU : Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam oleh abang angkatnya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Rampayan...

KOTA KINABALU : Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam oleh abang angkatnya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Rampayan, Manggatal, dekat sini, Ahad malam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya siasatan awal mendapati mangsa tinggal menumpang dengan sepasang suami isteri dan dua anak mereka yang merupakan saudara mangsa sejak setahun lalu, sementara suspek tinggal menumpang di rumah berkenaan sejak sebulan lepas.

Sebelum kejadian mangsa dan suspek berusia 37 tahun itu tidur bersama di ruang tamu rumah tersebut, katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

"Saksi (tuan rumah) terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi bising di ruang tamu dan melihat suspek sedang memegang sebilah pisau manakala mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur bersebelahan ruang tamu.

"Melihat kejadian itu, saksi kemudian memeluk suspek daripada bertindak lanjut dan dengan bantuan jiran suspek berjaya ditangkap," katanya, dan menambah polis turut merampas sebilah pisau berukuran 30 sentimeter.

Chandra berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, di sini bagi tujuan bedah siasat.

Motif kejadian masih belum dipastikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan

Latest Articles