Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Bini Telan Jari Suami

Miri: Seorang wanita naik hantu dengan menggigit jari kelengkeng kiri suaminya hingga putus dan dipercayai menelannya kerana berang lela...

Miri: Seorang wanita naik hantu dengan menggigit jari kelengkeng kiri suaminya hingga putus dan dipercayai menelannya kerana berang lelaki itu pulang lewat, kelmarin.

Kejadian jam 11.30 malam itu berlaku di rumah pasangan itu di Kampung Lereng Bukit di sini. Sumber berkata, akibat perbuatan ganas isterinya itu, mangsa berusia 26 tahun putus jari kelengkeng sepanjang kira-kira satu sentimeter.

Menurutnya, wanita berusia 21 tahun itu turut dikatakan menelan jari yang putus berikutan mangsa gagal menemui cebisan itu di rumah.

“Ketika kejadian, mangsa baru pulang ke rumah dari membeli barang keperluan harian di sebuah pasar raya. “Sebaik masuk ke dalam rumah, wanita itu mengamuk kerana mangsa pulang lewat dan bertindak ganas dengan menggigit jari suaminya.

“Tanpa belas ihsan wanita itu membiarkan suaminya menanggung kesakitan sehingga pagi,” katanya. Katanya, tindakan wanita itu mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan teruk dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, pagi semalam.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri berhubung kejadian itu, kira-kira jam 2 petang, semalam. “

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori sayur berkahwin dengan wanita terbabit tahun lalu dan dikurniakan seorang bayi perempuan berusia 15 bulan.

“Sebelum ini, mangsa pernah membuat laporan di Balai Polis Lutong kerana dibelasah isterinya hanya kerana kesalahan kecil,” katanya.

Latest Articles