MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan memecah masuk dan mencuri di dal...
MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan memecah masuk dan mencuri di dalam gereja.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh tangkapan pada 23 September lalu.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbangkan beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.
Mohammad Zakri Kelupu, 26, dari Simpang 4, Kampung Pasir, Lutong didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara 14 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Menurut keterangan kes, tertuduh melakukan pecah masuk dengan memecah masuk sebuah gereja yang dijaga oleh Reymond Jantan dan mencuri sebuah mesin pencetak jenama Brother, sebuah equalizer jenama Samick, satu unit pemanas plastik jenama Gold Bond, satu unit mixer jenama Tecnik, sebuan pembesar suara Tecnik dan sebuah dapur gas.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh jam 10.10 malam, pada 19 September lalu di Gereja BEM Community Lutong, Lutong Bazaar di sini. Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.