Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Filipina Desak Siasat Duterte

MANILA: Filipina berhadapan desakan untuk menyiasat Presiden Rodrigo Duterte selepas seorang pembunuh upahan mendakwa pemimpin lantang i...

MANILA: Filipina berhadapan desakan untuk menyiasat Presiden Rodrigo Duterte selepas seorang pembunuh upahan mendakwa pemimpin lantang itu mengarahkan pembunuhan ribuan penentang dan suspek penjenayah ketika menjadi Datuk Bandar Davao. 

Pembunuh upahan terbabit memberitahu badan siasatan Senat beliau dan sekumpulan anggota polis membunuh 1,000 orang di bandar raya Davao atas arahan Duterte sejak 1988 hingga 2013, dengan presiden itu sendiri menembak mati seorang mangsa. "

Ia adalah dakwaan serius dan kami mengambil serius perkara itu, kami akan menyiasatnya," kata timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika, Mark Toner. 

Pengkritik berkata, dakwaan pembunuhan di Davao di mana Duterte menjadi datuk bandar selama lebih 20 tahun, menunjukkan aliran yang kini merebak ke seluruh negara di bawah pentadbiran presiden baharu itu. 

Dakwaan itu timbul ketika Senat menyiasat dakwaan pembunuhan di luar undang-undang dalam usaha memerangi dadah yang menyebabkan kepada lebih 3,000 kematian dalam masa 72 hari pertama Duterte menjadi presiden. 

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch menggesa Manila membenarkan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat dakwaan itu. 

"Duterte tidak boleh dibiarkan menyiasat diri sendiri, jadi memang penting PBB dipanggil mengetuai usaha itu," kata pengarah Asia pertubuhan itu, Brad Adams. 

Duterte sudah beberapa kali mengaku atau menafikan pembabitan dalam skuad pembunuh ketika berkempen bagi pilihan raya Mei lalu yang menyaksikan beliau menang besar dengan janji membunuh puluhan ribu penjenayah. - AFP

Latest Articles