Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kegembiraan bertukar tragedi

Sandakan: Seorang kanak-kanak lemas selepas mandi bersama sekumpulan rakannya di Sungai Batang, Batu 10 di sini, pagi tadi. Dalam kejadi...

Sandakan: Seorang kanak-kanak lemas selepas mandi bersama sekumpulan rakannya di Sungai Batang, Batu 10 di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.35 pagi itu, Amirul Asran, 10, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.36 pagi tadi.

“Setibanya pasukan kami di lokasi itu, didapati seorang kanak-kanak lelaki yang lemas dalam sungai dan dia sudah dibawa ke tebing sungai oleh orang awam.

“Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian.” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Latest Articles