Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Kenderaan Bertembung, Seorang Parah

KOTA KINABALU: Seorang parah dan dua lagi cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan ja...

KOTA KINABALU: Seorang parah dan dua lagi cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Lampu isyarat berhadapan dengan Metro Town , petang tadi.

Mangsa Dirrick, 17 parah kerana tersepit pada kenderaan jenis Proton Iswara selepas bertembung dengan sebuah lori lima tan. 

Pihak bomba telah tiba di lokasi kejadian sejauh 3 kilometer itu pada jam 5.21 petang dan telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit manakala dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dikeluarkan oleh orang awam. 

Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II menggunakan EMRS dan Ambulan untuk menerima rawatan. 

Operasi yang melibatkan seramai sembilan orang anggota itu tamat pada jam 5.40 petang.

Latest Articles