Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Mangsa culik penduduk PR

Kuala Lumpur: Kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) dipercayai mendalangi penculikan tiga kru kapal nelayan di Pulau Pom-Pom, berha...

Kuala Lumpur: Kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) dipercayai mendalangi penculikan tiga kru kapal nelayan di Pulau Pom-Pom, berhampiran Samporna, Sabah awal pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan terbabit dipercayai aktif bergerak di kawasan Filipina khususnya di kepulauan yang berhampiran dengan Malaysia.

"Tiga kru berkenaan disahkan bukan warga Malaysia sebaliknya pemegang Permastautin Tetap (PR).

"Walaupun pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan di kawasan perairan negara namun mereka (KFR) dipercayai bergerak di bawah radar hingga sukar dikesan.

"Saya sudah berhubung dengan Komander Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) manakala Ketua Polis Negara juga sudah menghubungi rakan sejawatnya di Filipina berhubung kejadian berkenaan ," katanya pada sidang media selepas merasmikanPerhimpunan Agung Tahunan Ke-8 Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) di ibu negara, hari ini.


SUMBER Harian Metro

Latest Articles