Page Nav

HIDE

Breaking News:

latest

Ads Place

Pejalan Kaki Maut Dilanggar Motosikal

SANDAKAN, 7 Sept - Seorang pejalan kaki maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Batu 4 Jalan Lintas dekat sini, semalam. Ket...

SANDAKAN, 7 Sept - Seorang pejalan kaki maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Batu 4 Jalan Lintas dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Herman berusia 21 tahun.

Katanya siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 7 malam, ketika sebuah motosikal yang ditunggang dari arah Kompleks Sukan Sandakan menghala ke Bandar Indah Jaya, Batu 4.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba seorang pejalan kaki melintas jalan menyebabkan penunggang motosikal berkenaan tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa dari arah depan.

"Kemudian, sebuah lagi motosikal dari arah sama tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal yang melanggar pejalan kaki terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zabidi berkata seorang penunggang motosikal patah tulang bahu kiri, manakala seorang lagi hanya cedera ringan.

Beliau meminta saksi yang melihat kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nurwati Ismail di talian 089-242254 bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- BERNAMA

Latest Articles