Foto Polis Kota Kinabalu KOTA KINABALU : Pemilik sebuah pusat refleksologi di sini akan ditahan bagi membantu Polis dalam siasatan pem...
Foto Polis Kota Kinabalu |
Ketua Polis Bandaraya, ACP M Chandra berkata seramai 16 rakyat asing termasuk 14 wanita China, seorang wanita warga Filipina dan lelaki rakyat China yang ditugaskan untuk menjaga wanita di premis tersebut dipercayai telah dieksploitasi oleh bekas majikan mereka. Beliau berkata, mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan sementara menunggu siasatan.
"Pusat itu berlesen dan mempunyai permit untuk menjadi pusat perkhidmatan urut tetapi berdasarkan siasatan kami pusat itu juga menawarkan perkhidmatan seks," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Chandra berkata, mangsa yang bekerja sebagai tukang urut akan bekerja selama 12 jam dan tinggal di bilik mereka untuk baki 12 jam dalam sehari sementara paspot mereka disimpan oleh majikan.
Siasatan awal polis mendapati mangsa telah dijanjikan pekerjaan yang sesuai dengan gaji RM1,200 sebulan, dengan potongan RM400 untuk membayar balik permit dan urusan bayaran lain yang dilakukan untuk mendapatkan mereka pekerjaan.
"Apabila mereka sampai ke sini, apa yang dijanjikan adalah tidak benar kerana mereka hanya mendapat RM400 selepas semua potongan," jelas Chandra.
Chandra berkata daripada 137 refleksologi di Kota Kinabalu, kurang daripada 10 yang disyaki mengeksploitasi pekerja mereka.
Kami akan meneruskan operasi dan membuat serbuan dari masa ke semasa untuk membendung masalah ini sambil menambah Polis akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya dan Jabatan Imigresen.