KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memaklumkan serpihan pesawat yang dijumpai di Tanzania adalah milik MH370. Perkara terbab...
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memaklumkan serpihan pesawat yang dijumpai di Tanzania adalah milik MH370.
Perkara terbabit disahkan selepas penelitian oleh pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB). Serpihan itu dijumpai di Pulau Pemba, Tanzania pada 20 Jun lalu.
Serpihan itu mengandungi angka dan tarikh yang mengesahkan ia milik pesawat 9M-MRO yang dibina pada 23 Januari 2002.
Pihak penyiasat akan meneruskan siasatan terhadap serpihan berkenaan yang mungkin memberi maklumat baharu tentang nasib yang menimpa pesawat MH370.
Penerbangan MH370 dilaporkan hilang di selatan Lautan Hindi ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014. – AWANI