SIBU: ‘Kolam Puaka’ berhampiran perumahan flat Sibu Jaya meragut nyawa lagi apabila seorang murid tahun tiga dijumpai mati lemas, petang...
SIBU: ‘Kolam Puaka’ berhampiran perumahan flat Sibu Jaya meragut nyawa lagi apabila seorang murid tahun tiga dijumpai mati lemas, petang semalam.
Dalam kejadian sekitar 2 petang semalam, mangsa dikenali sebagai Dennis Davidson Jackson, 9, dijumpai oleh ibunya selepas abang mangsa, 13, meminta orang awam dan jiran membantu mencari adiknya di sekitar kolam terbiar berkenaan.
Terdahulu, abang mangsa pergi mencari adiknya sebaik sahaja pulang dari sesi persekolahan dan menjumpai baju mangsa di tepi kolam itu.
Mengesyaki sesuatu tidak kena, abang mangsa meminta seorang penunggang motosikal yang lalu di situ untuk membantu mencari adiknya di kawasan kolam.
Ibu mangsa yang dimaklumkan oleh jiran kemudian bergegas ke tempat kejadian dan terjun ke kolam yang dikatakan mempunyai kedalaman tiga hingga lima kaki.
“Ibu mangsa menggunakan kaki untuk meraba-raba kawasan kolam dan akhirnya menjumpai anaknya berada di dasar kolam dalam keadaan kaku,” kata seorang saksi.
Ibu mangsa yang tidak dapat menahan sebak meratapi anaknya yang langsung tidak memberi sebarang tindak balas ketika cuba diselamatkan.
Pihak ambulans yang dihubungi bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Mayat mangsa kemudian dibawa ke bilik mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.
Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis sedang menjalankan siasatan. Denis Davidson merupakan mangsa ketiga mati lemas di kolam tersebut dan kesemua mangsa bersekolah di sekolah yang sama.